Thursday, 12 January 2012

Mengenang zaman dulu

Tiba2 terdetik kat hati aku nak share pengalaman waktu zaman muda2 dulu.sekarang aku x tua ok,just kurang muda je.heheh.terkenang kembali peristiwa masa aku form 2 x silap..masa tu baru meningkat remaja kan,so banyak perkara yang ingin dibuat,ingin diketahui.seriously kalau boleh putar masa tu aku nak tebus balik kesilapan aku.x sangka aku boleh jadi macam tu dulu.bukan lah niat aku nak kongsi cerita ini untuk korang mengetahui kisah aku sedalam-dalamnya tapi the main point here is aku x nak benda2 macam aku penah buat dulu terjadi kat adik2 aku and kawan2 aku.aku sayang korang.huk3

masa tu apa aku buat ..jangan terkejut sudah..anyway aku bukan lah baik pun.aku membesar dalam kelurga yang sederhana.x kaya x miskin.tapi sederhana lah yang terbaik kan.mak ayah aku bagi kasih sayang ,tunjuk ajar.semua perfect bagi aku.tanpa aku sedari masa tu aku dah buat perkara yang menyebabkan mak ayah aku kecewa.ahh seriously aku menyesal.tapi sekarang aku dah x buat.dulu aku selalu sangat ikut kawan.sampai aku x sedar apa yang aku buat tu sebenarnya salah.actually dulu masa skolah menengah,t masa form 2..aku ada abang angkat. dua orang,korang x payah tahu lah diorang siapa.aku ter'excited' masa tu sebab ada abg angkat.ye la x semua orang boleh ber'angkat' kan.haha..kenapa aku terima je diorang jadi abang angkat aku? sebab maybe aku anak sulung so aku x pernah rasa kasih sayang seorang abang.jadi tanpa berfikir panjang masa tu aku terima je lah.aku x tahu yang sebenarnya adik ngan abang angkat juga berdosa.dan macam biasa.aktiviti adik ngan abang angkat kan..mesej2,,kluar sama2...ahh menyesal nya akuu......=..=

dan nak dijadikan cerita.ada suatu hari si abang ni ajak aku keluar pergi bandar.memang lah aku sekolah kt bndar dan disebabkan aku duduk asrama,jauh jugak dari mak ayah,aku rasa bebas nak buat apa2..so hari berkenaan aku keluar ngan dia je.pergi megamall.tapi jangan salah paham.aku ngan dia x buat pun perkara yang x senonoh ok,.walaupun masa tu aku masih mentah tapi aku masih berfikiran waras.aku tahu mana yang baik dan buruk.cuma ye lah.kadang2 kita x sedar dengan apa yang kita buat kan.ohh ya sambung balik cerita. si abang ni sebenrnya dah ada awek.awek dia senior aku kt hostel.perghh betapa beraninya aku masa tu keluar ngan pakwe org kan? alaa pkwe je pun bukan suami orang.haha(aku merapu). k baiklah kita terus ke adegan selanjutnya.nak dijadikan cerita,aku ngan si abang tu berjalan mcam biasa je kt megamall tu. tapi orang pandang pelik sebab mungkin masa tu aku pakai baju sekolah.ohh malunya bila teringat balik.kah3....xpe dah lepas.yang penting aku x kan buat dah.

haa cerita aku keluar ngan dia habis sampai di sini.oops tapi yang aku menyesal adalah disebabkan aku tipu mak aku.pernah satu hari lepas kejadian aku keluar tu,mak aku tanya..."kak,kau ada keluar dengan lelaki ke? mula2 aku jawab takk...tapi mak aku pandai. hati seorang ibu kan..akan tahu bila anaknya bercakap bohong......mak aku cakap lagi '' kalau betul pun bagi tahu je lah..mak nak tahu yang sebenarnya"..............aku dah cuak at that time..lastly aku bg tahu jugak......mak aku cakap ada orang cerita(orang tu dekat dengan rumah aku) kt mak aku yang dia nmpak aku keluar dgn si lelaki tersebut.kan dah kantoii.....mula2 mak aku x percaya jugak cakap orang berkenaan.sebab mak aku lagi percayakan aku.ohh emak..sangat terharu kerana kau lebih percayakan aku daripada orang lain..mak aku x percaya bulat2 cakap orang tu sebelum dia tanya aku sendiri.maklumlah masa tu dia percaya yang aku ni baik.x kan keluar dengan lelaki...tapi apa yang aku buat? aku menghampakan dia.maaf ma...anak mu ini hanya insan biasa..x lepas dari melakukan dosa.andai boleh diputar balik waktu.aku nak tebus balik kesalahan aku.tapi aku x mampu buat semua tu.

banyak jugak kes aku tipu mak ayah semata2 nak ikut keluar dengan kawan.aku tahu sebab utama mak aku x bagi keluar berfoya2 kt bandar kerana dia x mahu anaknya ini terjebak dengan gejala2 songsang yang hebat berlaku di luar sana.mungkin masa dulu aku terlalu memikirkan keseronokan tanpa memikirkan persaan mak ayah aku.tapi syukur alhamdulillah mereka telah menyedarkan aku dan aku berjaya melawan godaan nafsu remaja pada waktu tersebut.kalau tidak...aku rasa aku x akan sampai ke tahap yang seperti aku berada sekarang.kalau aku hanyut dulu x mungkin aku dapat masuk universiti.....tapi sekarang sudah berubah.yang lepas biar jadi kenangan.usah dikenang.
luar sana tu yang tengah asyik bercinta..fikir2 kan lah..pernah x korang jaga hati mak ayh korang macam mana korang jaga hati kekasih korang? pernah korang tipu mak ayah semata2 nak backup kekasih hati? hati kekasih kita sibuk nak jaga,tapi hati orang tua kita sendiri pernah kita jaga mcam tu sekali? kalau ada pun mungkin payah nak cari.satu dalam seribu kot.jadi diharap kita sama2 ambil iktibar.niat aku bukan nak tuju kat sapa2 pun.yang penting kita saudara seislam saling mengingati kan.kalau aku x betul,korang betulkan aku dan sebaliknya.

by the way..thanx 4 reading 4 idea yg aku tulis ni.selamat malam semua :))

No comments: